TAHYAT AKHIR DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah.
Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi
wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna
Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad
wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala
aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad.
Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina
innaka hamidummajid. Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan
bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah
dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan
dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-
hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada
Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan
kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad
dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau
anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga
Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga
Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Tinggi.
SALAM KE KANAN Assalamualaikum warahmatullah Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.
Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam. *jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu. SALAM KE KIRI Assalamualaikum warahmatullah Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah. Berpaling ke arah kiri sambil memberi salam Solat perlu dilakukan secara tertib mengikut rukun-rukun yang telah ditetapkan. Solat tersebut akan terbatal sekiranya tidak dilakukan mengikut tertib tersebut. Selain itu, setiap rukun yang dikerjakan perlu dilakukan dengan thomakninah.
Monday 11 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment